Tuesday, October 26, 2010

IFSA... Satu Natijah

Salam sejahtera, kepada semua teman-teman yang dirahmati Allah s.w.t sekalian.Untuk makluman, insyaAllah sekiranya tiada halangan di masa akan datang, komuniti Penasihat Keselamatan Kewangan Islam (Islamic Financial Security Advisors- IFSA) akan menubuhkan sebuah komuniti (Non-Profit Comunity) yang akan mengumpulkan seramai mungkin sukarelawan dari seluruh Malaysia untuk bersama-sama membantu merealisasikan satu impian iaitu mewujudkan Masyarakat Celik Kewangan Islam dan cuba sedaya upaya menyelamatkan masyarakat dari konflik kewangan yang berunsurkan Gharar dan Riba namun bukan berhasrat untuk menjadi penghalang kepada mana-mana badan atau pertubuhan serta jabatan.

IFSA mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan bantuan serta penyertaan sama ada dari golongan profesional, penceramah, pengamal kewangan Islam, pihak perbankan, perunding takaful, perancang kewangan Islam dan sebagainya selagi memenuhi hasrat dan matlamat memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya kewangan Islam.

IFSA masih lagi mencari maklumat, data dan analisis untuk dijadikan panduan di samping cuba untuk membantu pihak Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan pelbagai pihak berwajib dalam hal pengurusan kewangan.

Akhirnya, kami berharap agar mendapat penyertaan dan sokongan daripada saudara-saudari untuk menjayakan hasrat murni ini dengan memberikan sebarang cadangan, pendapat dan buah fikiran di dalam ruangan yang disediakan. Syukran.

No comments:

Post a Comment