Thursday, November 4, 2010

Antara Pelaburan, Perlindungan, Wasiat dan Zakat


Ketika membuat pilihan untuk meletakkan keutamaan dalam pengurusan kewangan, seringkali kita tersilap dan akan menyebabkan kita tersungkur lebih awal. Pertanyaan yang selalu diterima apabila sesi ceramah ialah Antara Pelaburan, Perlindungan, Wasiat dan Zakat yang mana patut saya dahulukan? Perlu diingat bahawa ketiga-tiga aspek ini perlu difahami. Semuanya adalah sama asalkan berdasarkan Prinsip Syariah akan tetapi berbeza dari sudut. Berikut adalah pendapat peribadi dari IFSA ;
1. Perlindungan (Takaful) :
    Ia adalah asas utama dalam memberikan satu jaminan kepada isteri, anak ataupun mereka yang disayangi terutama bagi yang kurang berharta. Berdasarkan konsep tabungan inilah maka manfaat akan dikongsi bersama kepada penama. Jika diizinkan Allah SWT umur kita dipanjangkan, maka tabungan itu dapat kita kongsi sebagai simpanan jangka panjang walau berapa banyak pun keuntungan yang diperolehi.Apa yang penting, tabungan itu juga sebagai jariah kita dalam membantu peserta yang ditimpa musibah. Adakah  tidak kita gembira sekiranya duit yang ditabungkan dapat membantu orang lain selain kita juga mendapat manfaat?
2. Wasiat :
   Setelah memilih menyertai Takaful barulah  kita memulakan langkah dengan menetapkan wasiat mengikut garis panduan syarak. Adalah digalakkan juga membuat Pre Hibah yang lebih menjamin kedua-dua belah pihak. Tidak banyak dari kalangan kita yang penting tentang kesedaran berwasiat kerana memikirkan bahawa masih terlalu awal, tidak tahu hendak membahagi-bahagikan kepada orang yang tersayang dan tidak mahu dianggap berat sebelah atau pilih kasih dan sebagainya. Perlu diingat, RM 42 billion harta yang dibekukan daripada wasiat yang tidak selesai dan sampai kepada waris yang sepatutnya. Sedangkan kos membuat wasiat hanyalah kecil berbanding urusan yang perlu dibuat sekiranya tiada wasiat yang rasmi dibuat sekitar RM 10,000.00 hingga RM 20,000.00 dan mungkin lebih lagi berdasarkan pengalaman. Manakala zakat merupakan salah satu daripada mekanisma dalam sistem kewangan Islam yang merupakan pelengkap dan menjadi penghubung di antara umat Islam yang agak kurang berkemampuan dengan mereka yang diberi rezeki
3. Pelaburan :
    Pelaburan merupakan pelengkap kepada Perlindungan Takaful dan Wasiat. Kenapa demikian ialah kerana kita sudahpun meletakkan jaminan sekurang-kurangnya kepada orang tersayang disekeliling kita. Lantas, pelaburan samada dalam bentuk simpanan pasif atau aktif dengan meletakkan penama yang sesuai akan memberikan pulangan dan juga jaminan kewangan kepada masa depan. InsyaAllah. Apa yang perlu ialah dengan menetapkan sasaran, menyelidiki institusi kewangan yang terlibat termasuk potensi dan sejarah latarbelakang syarikat serta yang masih relevan masa kini. Tidak semestinya sesebuah syarikat itu hebat 20 tahun lalu masih hebat hari ini.Pilihlah dengan bijak dan keputusan yang tepat. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar kerana kita masih lagi mempunyai pakar-pakar kewangan yang berwibawa dan berpandangan bernas serta boleh menganggarkan kedudukan situasi semasa.