Saturday, December 4, 2010

Islam Hanya Pada Nama?

Tersentuh hati bila menonton klip video artis nasyid Iraq tentang pembunuhan orang Islam di bumi sendiri... Baghdad yang dahulunya agak maju. Lebih teruk lagi saudara sendiri yang menjadi dalang bersekutu dengan yahudi laknatullah. Apa nak jadi... Tetapi bila dikaitkan dengan bumi sendiri rupa-rupanya ada terjadi. Isu yang nak disentuh hanyalah berkaitan syarikat insuran.

Menggunakan nama Takaful sebagai menarik minat umat Islam yang terdiri daripada kawan-kawan baik dan sanak saudara. Janji sana-sini, pulangan besar, untung besar, simpanan tinggi, bonus berlipat ganda... ayat memang manis. Sudahnya simpanan hanya tinggal dari 6 hingga 10 peratus sahaja. Yang menyedihkan lagi, sahabat baik kita yang bersubahat menipu. Samada dipaksa menipu atau sengaja menipu semuanya tidak menjadi masalah bagi manusia yang tamak haloba tanpa menghiraukan Syurga Neraka. Harapnya mereka tidak sedar ketika mereka sedang menipu dan tidak sengaja kerana dikaburi banyak pihak. Lebih baik lagi mereka sedar sebelum mereka terus menipu sesama sendiri.

Teringat kisah seorang kakak yang dahulunya menjadi agen syarikat berkenaan yang menyertai Takaful Ikhlas. Soalan yang mula ditanya kepada beliau, kenapa akak sertai kami? Beliau menarik nafas sedalam-dalamnya seakan-akan sedikit mengeluh. " Akak dah kerja 6 tahun dengan syarikat tu dan dah sebati pun. Akan tetapi akak tak rasa bahagia dan sering dalam keadaan tak tenang. Maklumlah kerja menipu orang siang dan malam. Semuanya tanpa akak sedari dan tak pernah terfikir. 

Dari mana datangnya duit syarikat dan ke mana duit itu dilaburkan dan kaedah yang digunakan semuanya seakan-akan di tutup pandangannya. Pelanggan akak semua tak tahu dan tak pernah diberitahu". Jadi macam mana pulak di Takaful Ikhlas ni? Baru je beberapa bulan akak menjadi sebahagian keluarga besar ni, akak dah rasa macam pendakwah dan rasa puas hati dan bebas dari belenggu ketakutan dan dari segala penipuan kepada pelanggan. Semuanya dinyatakan dan tak timbul soal keraguan".

No comments:

Post a Comment